Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya." Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin adalah amat baik sekali jika kita mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Kita janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus kita buat, makanan manis2 yang lain kita jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.
1) KURMA
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat". "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)". Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir". Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan". Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".
2) KISMIS
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian". "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".. Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi". "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa". Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".
3) MADU
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit". "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu". "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada". "Allah SWT telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai Ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi". Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati". Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat menyenangi madu". Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".
19 February 2009
Qatam Al-Quran
Alhamdullilah.....hari ni baby dah masuk 22 minggu...maknanya baby dah 5 bulan setengah....dah lama mummy tak post kat blog baby ni....balik keje mummy nak rehat jerk bila kat umah...tp malam ni mummy ada masa nak post kat sini....syukur pada Allah....hajat mummy tercapai untuk qatam al-quran sebelum baby genap 6 bulan...so esok mummy akan ulang baca al-quran sekali lagi bersama tafsir al-quran....insyaAllah....mummy dah start beli barang2 baby tau...tp mummy lum download lagik gambo baju2 baby....ayah baru belikan 20 helai....seronok ayah....erm....sejak ada baby ni mummy dgn ayah SEMAKIN bahagia dgn kehidupan kami skrg...sejak ada baby jugak la rezeki kami semakin murah...Alhamdullilah....syukur pada Allah Taala...ayah selalu bersedekah...kata ayah rezeki yang Allah bagi kena kongsi bersama dgn org2 yang susah....bak kata pepatah....tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang meminta...teringat mummy kat 2 org yg mummy kenal skrg ni...selalu meminta2 org lain yang belanja....erm...entah laa....mcm2 org...mcm2 la sifatnya...bila tau ada org belanja kita,yang special ni mula la panas hati....pelik2 la manusia zaman skrg....
Subscribe to:
Posts (Atom)